Dekorasi

Dekorasi imbangi 4 kehendak asas

Apabila kita menyatakan aspirasi ataupun idaman terhadap ruang dalaman yang kita inginkan, seharusnya kita mengambil kira empat kehendak asas manusia iaitu fizikal, emosional, intelektual dan spiritual. Menjadi tugas pengguna ruang ataupun pereka memahami empat kehendak asas ini sebagai teras dalam mencari keseimbangan supaya rekaan mencapai tahap kepuasan optimum dalam pelbagai aspek. Keseimbangan ini perlu kerana tanpa keseimbangan menyeluruh sesuatu rekaan ruang dalaman tidak sempurna dalam sudut tertentu dan pengguna tidak selesa menggunakan ruang berkenaan.

  1. Kehendak fizikal : Kehendak fizikal ini adalah asas dan perlu ada pada setiap orang. Kehendak inilah yang kita lakukan seperti membina kediaman, menyediakan berbagai keperluan struktur asas untuk kita menjalani kehidupan seharian dengan sempurna. Dari segi ruang pula keselesaan fizikal menyentuh saiz ruang, kemudahan perabot dan aksesori, kesempurnaan suhu udara dan cahaya serta yang berkaitan dengan kita untuk merasakan melalui sentuhan dan lihat. Kesempurnaan ini terjawab bila tahap keperluan yang pertama ini tercapai.
  2. Kehendak emosional : Kehendak ini banyak menyentuh soal perasaan atau hati. Ia selalu menguasai kehendak lain dan biasanya kehendak emosi membuat keputusan yang tidak relevan dengan keperluan asas dan minimum manusia. Ini menyebab kan kita mementingkan atau membuat pilihan apa yang kita inginkan dan bukannya apa yang kita perlukan. Bagi merancakkan perkembangan reka bentuk kehendak emosi ini amat penting kerana naluri manusia adalah objek yang hidup dan mempunyai perasaan. Tanpa kehendak emosi kita akan mendapati karya reka bentuk menjadikan kaku dan tidak inovatif.
  3. Kehendak intelektual : Kehendak intelektual adalah kita menilai antara kehendak emosi, fizikal dan juga kemampuan kewangan. Kehendak intelektual boleh diperoleh berdasarkan tahap pengetahuan dan juga pendedahan seseorang terhadap perkembangan reka bentuk. Individu yang tidak pernah mengikuti pengajian formal atau tidak formal dan tidak mempunyai pengalaman tertentu dalam bidang reka bentuk akan bergantung kepada aspek kehendak fizikal dan emosi dalam membuat pemilihan. Berbeza dengan individu yang dilatih dengan pengajian formal atau individu yang belajar daripada pengalaman dan pendedahan akan membuat penilaian terhadap sesuatu reka bentuk berdasar kehendak intelektual. Kehendak intelektual merujuk kepada prinsip, elemen reka bentuk dan juga prinsip seni bina dalam menilai dan membuat keputusan. Penilaian ini lebih bersifat ilmiah dan menggabungkan segala kehendak bagi menghasil pemilihan lebih relevan bagi mencapai keselesaan yang optimum.
  4. Kehendak Spiritual : Kehendak spritual adalah tahap keselesaan paling tinggi. Hasil gabungan kehendak dulu tidak tercapai jika nilai ‘jiwa’ pada ruang tidak wujud. Spiritual bermaksud, kita mengambil kira dan peka kepada keperluan seperti budaya, agama serta kepercayaan tertentu. Setiap individu mempunyai amalan dan kepercayaan sendiri berhubung soal ketuhanan, kejiranan, kejiwaan, patriotisme dan sebagainya. Nilai ruang dan jiwa amat penting kerana kita sebagai penghuni ruang menentukan sama ada ruang memenuhi kehendak spiritual atau tidak. Ini penting bagi memastikan ruang tidak menjadi ‘kosong’ kerana penghuni mengisinya dengan apa difahami atau anuti. Kehendak asas perlu dikenal pasti dan keseimbangan hendaklah diusahakan supaya tidak mendominasi antara satu sama lain. Jika sesuatu kehendak mendominasi kehendak lain, hasil reka bentuk dalaman sesuatu ruang tidak sempurna. Persoalan yang harus kita tanya pada diri kita ialah adakah kita sudah mengambil kira empat kehendak ini dan adakah kita berlaku adil kepada diri kita dalam mengimbangi semua kehendak itu. Kita sebagai pengguna ruang harus memahami dan mengetahui antara kehendak dan membuat analisis supaya kehendak emosi tidak mendominasi kehendak lain.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: