Istana Pelamin.

Istana Pelamin atau Rumah Pelamin telah dibina pada tahun 1736 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Istana ini telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Kedah dan beberapa adat istiadat diraja telah diadakan di istana tersebut.

Istana Pelamin telah menempuh berbagai perubahan sejak ia dirosakkan oleh Bugis pada tahun 1771 dan terbiar semasa pendudukan Siam dari tahun 1821 hingga 1842.

Istana Pelamin terdiri daripada 3 bahagian utama iaitu :
Ruang sebelah kanan yang dikenali sebagai Rumah Pelamin.
Ruang tengah sebagai kediaman kaum perempuan dan kanak-kanak.
Ruang ketiga / kiri yang pernah didiami oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Selepas beberapa ketika, Sultan Abdul Hamid telah berpindah ke bahagian belakang Istana Pelamin.

Fungsi utama Istana Pelamin ialah tempat bersemayam kerabat-kerabat DiRaja. Pada tahun 1851, Istana Pelamin diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Pada zaman dahulu, Istana Pelamin merupakan tempat diadakan kenduri kahwin, upacara perkahwinan dan beberapa adat-istiadat DiRaja yang lain. Istana ini mendapat nama Istana Pelamin setelah berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904, iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983.

istana-pelamin1.jpg

Istana Pelamin( atau Rumah Pelamin) telah dibina pada tahun 1736 semasa pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa (1710-1778). Istana ini mendapat nama “Istana Pelamin” setelah berlangsungnya istiadat perkahwinan DiRaja yang paling meriah pada tahun 1904, iaitu perkahwinan lima putera dan puteri Almarhum Sultan Abdul Hamid. Pada hari ini, Istana Pelamin telah dijadikan Muzium DiRaja Kedah yang telah dibuka kepada orang ramai pada tahun 1983.

Istana Pelamin telah menempuh pelbagai perubahan sejak ia dirosakkan oleh Bugis pada tahun 1771 dan terbiar semasa pendudukan Siam dari tahun 1821 hingga 1842. Pada tahun 1851, Istana Pelamin diperbaiki oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah.

Istana Pelamin terdiri daripada tiga bahagian utama, iaitu :
Ruang sebelah kanan yang dikenali sebagai “Rumah Pelamin”;

Ruang tengah sebagai kediaman kaum perempuan dan kanak-kanak;

Ruang sebelah kiri yang pernah didiami oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Selepas beberapa ketika, Sultan Abdul Hamid telah berpindah ke bahagian belakang Istana Pelamin.

Istana ini telah dijadikan tempat bersemayam Sultan Kedah serta kerabat-kerabat DiRaja. Beberapa adat istiadat diraja seperti kenduri kahwin dan upacara perkahwinan juga telah diadakan di istana tersebut.

Sejarah

Bangunan yang terletak dibelakang Balai Besar ini pada asalnya adalah sebuah istana yang dikenal sebagai Istana Kota Setar. Istana ini dibina semasa pemerintahan Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainal Adilin Mu’adzam Shah II (1710-1778), Sultan Kedah yang ke-19.

Istana ini menempuh pelbagai pengubahsuaian sejak serangan tentera Bugis pada 1771 dan kerosakan akibat terbiar pada zaman pendudukan Siam di Kedah (1821-1842). Istana ini diperbaiki semula oleh Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah (1854-1879) pada tahun 1856.

Istana ini juga dikenali sebagai Istana Pelamin selepas berlangsungnya istiadat perkahwinan diraja sejak zaman Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah lagi. Dalam tahun 1904, di istana ini berlangsung satu majlis perkahwinan diraja lima orang putera puteri Sultan Abdul Hamid Halim Shah (1882-1943) iaitu YTM Tunku Ibrahim (Tunku Sulong), YTM Tunku Zainol rasyid (Tunku Dai), YTM Tunku Zam Zam (Tunku Pok), YTM Tunku Rokiah dan YTM Tunku Jora. Perkahwinan ini juga dikenali sebagai “Perkahwinan Berharga 3 juta ringgit” yang berlangsung selama 90 hari 90 malam. Sempena dengan perkahwinan ini bangunan ini dikenali sebagai Rumah Pelamin.

Selepas berlangsungnya perkahwinan diraja istana ini kemudiannya diduduki oleh Paduka Bonda Wan Hajar bt Wan Ismail (isteri Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah). Oleh kerana Wan Hajar lebih terkenal dengan gelaran “Mak Wan Besar” maka Istana Pelamin juga dikenali sebagai “Rumah Mak Wan Besar”. Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah meletakkan isterinya iaitu Paduka Mak Cik Manjalara mendiami istana ini sehingga Paduka Mak Cik mangkat pada tahun 1941.

Istana Pelamin juga merupakan tempat YTM Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama diputerakan iaitu pada 8 Februari 1903. Istana Pelamin ditinggal kosong selepas 1941 dan pernah digunakan sebagai Sekolah Latihan Gadis dan Ibu Pejabat Perkumpulan Wanita Kedah, Pejabat Pergerakan St. John dan Pengakap serta Ibu Pejabat Persatuan Bekas Perajurit Negeri Kedah. Bangunan Istana Pelamin telah diisytiharkan sebagai Muzium DiRaja Kedah pada 25 Julai 1983.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: