Sungai di Malaysia

Sungai Kesang yang mengalir dari Gunung Ledang di negeri Johor menjadi garis sempadan antara negeri ini dengan Melaka. Ketinggiannya Gunung Ledang 1276 meter. ungai Perak sepanjang 400 km mengalir dari Hulu Perak hingga ke Beting Beras Basah di Bagan Datoh ke Selat Melaka. Sungai Perak merupakan sungai ke-2 terpanjang di Semenanjung Malaysia selepas Sungai Pahang.

Sungai mempunyai banyak sungai cawangan . Antaranya ialah Sungai Bidor dan Sungai Kinta. Sungai Kinta dan Sungai Bidor menjadi tempat perlombongan bijih timah sekitar tahun 1850-1980.
ungai Dedap terletak di daerah kecil Kampung Gajah , Perak. Ada yang mengatakan Sungai Dedap terletak di Teluk Intan. Ada juga yang mengatakan Sungai Dedap terletak di Seberang Perak.

Sungai ini bertemu dengan Sungai Perak berhampiran dengan Teluk Intan. Antara tempat berhampiran ialah Sungai Ranggam, Teluk Intan, Seberang Perak dan Kampung Gajah. Rata-rata penduduknya orang Melayu etnik Perak, etnik Kedah dan etnik Jawa .

 

Sungai Kinta mengalir ke Sungai Perak . Kuala Sungai Kinta terletak di selatan Kampung Gajah . Dialek Perak menyebutnya sebagai ‘Sungei Kente’.

Sungai Kinta mengalir dari Gunung Korbu di Ulu Kinta, Tanjung Rambutan. Warna air sungai sangat keruh kerana dicemari oleh lombong bijih timah suatu ketika dahulu.

Sungai Kinabatangan sepanjang 560 km terletak berhampiran dengan daerah Sandakan, Sabah. Sungai ini kedua terpanjang di Malaysia selepas Sungai Rajang. Ia mengalir dari kawasan pergunungan di barat daya Sabah ke Laut Sulu di timur.

Takungan air di sungai Kinabatangan merupakan takungan air tunggal terbesar di Sabah dan membanjiri sehingga kawasan luar dari daerah Sandakan. Takungan air sungai Kinabatangan terletak 20 kilometer dari muara dan dapat mengelakkan kemasukan air masin ke sungai. Aktiviti pembalakan dan pertanian telah mengeruhkan air sungai Kinabatangan. Bagaimanapun loji pemproses air membersihkan air untuk minuman dan dipam ke Sandakan dengan menggunakan paip besi 900 mm.

Sungai Baram sepanjang 400 km terletak di Tanjung Baram, Miri , Sarawak. Sungai ini mengalir dari timur iaitu dari Banjaran Tama Abo ke Laut China Selatan di sebelah Barat.

Di Sarawak dan kebanyakan tempat di Indonesia, sungai disebut juga sebagai Batang. Contohnya Batang Lupar, Batang Rajang, Batang Mukah, Batang Tinjar dan lain-lain

Sungai Rajang merupakan sungai yang terpanjang di Malaysia. Ia terletak di negeri Sarawak. Panjangnya 563 km dari Banjaran Iran di tengah pulau Borneo ke Laut China Selatan di Barat. Sungai ini boleh dimudiki hingga pekan Kapit, Sarawak. Di bahagian hulu sungai, balak diangkut mengunakan jalan sungai ini.

 

Sungai Langat terletak di negeri Selangor. Sungai Langat mengalir dari Gunung Nuang di daerah Hulu Langat. Sungai ini mengalir hingga ke Selat Melaka di Kuala Langat.

Beberapa buah bandar dan perkampungan dibina di tepian Sungai Langat. Antaranya ialah Dusun Tua, Ulu Langat, Cheras, bandar Kajang, Sungai Chua, Jenderam, Dengkil, Sungai Manggis, Olak Lempit, Banting, Jenjarom, Teluk Datok, Teluk Panglima Garang dan Bandar Baru Bangi .

Sungai Langat sangat penting ketika bijih timah menjadi industri utama di negeri Selangor. Antara kawasan bijih timah yang penting ialah Sungai Besi, Balakong, Kajang, Sungai Chua, Cheras, Serdang dan Semenyih.

Sebuah empangan untuk bekalan air minuman telah dibina di hulu Sungai Langat yang dinamakan empangan Sungai Langat atau Empangan Pongsun. Sungai Semenyih merupakan ranting Sungai Langat. Kedua-dua sungai ini sangat tercemar pada suatu ketika dahulu terutama oleh kilang papan di Cheras dan najis babi di Semenyih.

Sebahagian bandar Kajang pernah tenggelam kerana hujan lebat yang membentuk banjir kilat. Beberapa buah kereta di Plaza Metro Kajang tenggelam (1998). Beberapa buah kampung di Dusun Tua turut ditenggelami air sekitar tabun 1990. Air Sungai Langat membentuk kawasan paya di Sepang dan Dengkil. Namun kini kawasan paya dan tanah gambut ini telah ditebusguna. Jenderam merupakan pelabuhan penting pada Zaman Neolitik.

Tinggalkan Balasan

Please log in using one of these methods to post your comment:

Logo WordPress.com

You are commenting using your WordPress.com account. Logout / Ubah )

Gambar Twitter

You are commenting using your Twitter account. Logout / Ubah )

Foto Facebook

You are commenting using your Facebook account. Logout / Ubah )

Foto Google+

You are commenting using your Google+ account. Logout / Ubah )

Connecting to %s

%d blogger menyukai ini: