Berdo’a

Doa Yang Makbul : …

  • Imam (kepala negara) yang adil
  • Orang-orang yang teraniaya, baik ia orang jahat atau orang baik
  • Ibu bapa terhadap anaknya 
  • Orang-orang yang soleh 
  • Anak yang patuh terhadap orang tuanya 
  • Orang yang dalam perjalanan 
  • Orang yang berpuasa sewaktu berbuka
  • Seorang muslim yang mendoakan temannya muslim yang jauh 
  • Seorang muslim yang berdoa tidak tentang dosa dan memutuskan silaturrahim
  • Orang yang bertaubat 
  • Orang yang dalam kesempitan dan kepayahan hidup

Syarat Berdo’a : …

  • Di dalam keadaan berwuduk 
  • Di dalam keadaan menutup aurat 
  • Menghadap kiblat
  • Di dalam keadan khusyuk dan tawaduk 
  • Tidak tergesa-gesa
  • Dimulai dengan memuji kebesaran Allah 
  • Kemudian berselawat ke atas baginda Rasulluah SAW 
  • Membaca doa itu dengan cara penuh harapan 
  • Diakhiri dengan selawat dan salam 
  • Hendak kita mengetahui isi dan makna doa itu

Waktu Berdo’a : …

  • Pada malam qadar (sepuluh malam terakhir dalam bulan Ramadhan)
  • Pada hari Arafah ( 9 Zulhijjah di kala jemaah haji wukuf di Arafah)
  • Pada bulan Ramadhan 
  • Pada malam Jumaat 
  • Pada hari Jumaat 
  • Waktu berjumaat, lebih-lebih lagi ketika imam duduk di mimbar sampai imam mengucapkan salam 
  • Pada tengah malam 
  • Seperdua malam yang kedua (sesudah jam 12 malam) 
  • Sepertiga malam yang pertama (jam 6 sampai 10 malam) 
  • Sepertiga malam yang terakhir (sesudah jam 2 malam)
  • Pada waktu sahur (sebelum fajar) 
  • Sesudah berwuduk 
  • Ketika orang azan untuk sembahyang 
  • Antara azan dan iqamat 
  • Ketika orang mengucapkan iqamat 
  • Ketika berbaris (jalan bersama) menuju medan perang sabil
  • Di dalam pertempuran di medan perang 
  • Di akhir tiap-tiap sembahyang fardu
  • Pada waktu sedang sujud (dalam solat atau di luar solat)
  • Ketika sedang membaca Al-Quran
  • Setelah tamat membaca Al-Quran 
  • Ketika minum air zamzam 
  • Pada waktu ayam jantan berkokok (pda waktu pagi) 
  • Pada saat berkumpulnya kaum muslimin kerana agama 
  • Pada waktu berkumpul untuk berzikir (iaitu berkumpul untuk menyebut kebesaran Allah, bertakbir, bertahmid dan bertasbih, atau berkumpul membaca dan mempelajari Al-Quran, atau berkumpul menerima pelajaran agama Islam) 
  • Ketika menutupkan mata orang yang telah mati 
  • Pada waktu turun hujan
  • Pada waktu tergelincir matahari pada hari Rabu

Tinggalkan komentar